Home
Selamat Datang Ke Pejabat Pengurusan Fasiliti

Pejabat Pengurusan Fasiliti telah ditubuhkan pada tahun 1972, dan ia dikenali sebagai Pejabat Jurutera Tempatan ketika itu. Pejabat Jurutera Tempatan ditukarkan namanya kepada Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan pada tahun 1982. Pada tahun 1994, Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan dikenali sebagai Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan.

Pada 15hb september 1995, Pejabat Pembangunan dan Penyelenggaraan diasingkan dibawah ketua pentadbiran yang berasingan. Ini adalah kerana fungsi Pejabat Pembangunan dan Pejabat Penyelenggaraan semakin bertambah luas. Kedua-dua jabatan ini diletakkan terus dibawah Pejabat Canseleri. Pada Ogos 1999, ITM telah diisytiharkan sebagai Universiti Teknologi MARA dan perkembangan ini menjadikan Pejabat Penyelenggaraan berperanan lebih meluas kerana Pejabat Penyelenggaraan terlibat secara langsung terhadap perkembangan, pembangunan, dan kemajuan Universiti Teknologi MARA.

Dalam memantapkan pencapaian visi Universiti Teknologi MARA ke arah menjadi sebuah institusi pengajian awam yang bertaraf global, penstrukturan dan penamaan semula Pejabat Penyelenggaraan telah dibuat pada 4 Januari 2006 dan dengan rasminya bertukar nama daripada Pejabat Penyelenggaraan kepada Pejabat Pengurusan Fasiliti.

 
e-Aduan Fasiliti

Layarilah laman web E-Aduan Pejabat Pengurusan Fasiliti di http://www.fms.uitm.edu.my/
Klik manual berikut untuk mendapatkan kaedah penggunaan sistem.

1. Manual untuk Staf UiTM (Klik Sini)
2. Manual untuk Pelajar UiTM (Klik Sini)
3. Manual untuk Pengguna Luar (Klik Sini)

 

 

Kalender Aktiviti

January 2012 February 2012
Su Mo Tu We Th Fr Sa
Week 1 1 2 3 4 5 6 7
Week 2 8 9 10 11 12 13 14
Week 3 15 16 17 18 19 20 21
Week 4 22 23 24 25 26 27 28
Week 5 29 30 31

Aktiviti Terkini

There are no upcoming events currently scheduled.
View Full Calendar

Pengumuman

Kepada Staf Pejabat Pengurusan Fasiliti yang ingin
melihat Keputusan Maklumbalas 
Kepuasan Pelanggan.Sila emailkan
nama anda kepada sitinafisah@salam.uitm.edu.my

Login Form

  PEJABAT PENGURUSAN FASILITI
Universiti Teknologi MARA,
40450 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Helpdesk: 603 5544 4444
Fax: 603 5521 1788