Aplikasi tersebut ialah:

1. http://myphoneline.uitm.edu.my

Sistem Permohonan Talian Telefon Secara Online.Permohonan secara online untuk talian baru, sementara, pemindahan, penukaran kategori, penukaran penama dan penamatan talian telefon. Rujuk Pekeliling Pendaftar yang disertakan.[Klik Sini]

2. http://myphonebill.uitm.edu.my

Sistem Pengesahan Bil Telefon Secara Online. Setiap pengguna yang mempunyai nombor extension di UiTM perlu berdaftar dengan Sistem Myphonebill untuk membolehkan bil telefon disahkan secara online. Bil telefon perlu disahkan setiap bulan (15hb) untuk mengelakkan daripada pemotongan gaji bagi panggilan yang dilakukan (semua panggilan adalah peribadi  secara 'default').

Rujuk Pekeliling Naib Canselor yang disertakan. [Klik Sini]

3. http://myspb.uitm.edu.my

Sistem Pendaftaran Parkiran Berpalang Secara Online.
Setiap staf dan pelajar yang layak mendapatkan akses ke parkiran berpalang perlu memohon untuk mendapatkan akses melalui sistem ini.
Antara syarat yang perlu dipenuhi sebelum memohon ialah, mempunyai kad staf/pelajar UiTM yang dikeluarkan oleh Pejabat Infotech dan pelekat kenderaan UiTM terkini yang dikeluarkan oleh Pejabat Polis Bantuan.

Sila hubungi Bahagian Telekomunikasi di talian 03-55448050/5555 jika memerlukan penerangan lanjut.