Article Index

Semakan Dasar Pengurusan Fasiliti (DPF) adalah selaras dengan skop dan tanggungjawab Pejabat Pengurusan Fasiliti (PPF) Universiti Teknologi MARA (UiTM), serta sejajar dengan Perancangan Strategik UiTM dalam memantapkan pencapaian Visi Universiti untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kearah menjadi sebuah intitusi pengajian awam yang bertaraf global.

Baca Selanjutnya---> Dasar Pengurusan Fasiliti


JADUAL 2: PENCAPAIAN OPERASI PERKHIDMATAN PENGURUSAN FASILITI
Klik Di sini --> JADUAL 2: PENCAPAIAN OPERASI PERKHIDMATAN PENGURUSAN FASILITI


 

JADUAL 3: TAHAP PERKHIDMATAN TERPERINGKAT MASA TINDAKAN (ACTION TIME)

Tahap 1 Tindakan: 1 jam (di dalam waktu pejabat)
               2 jam (di luar waktu pejabat)
Kategori

1. Membahayakan keselamatan & kesihatan warga & pelawat UiTM dengan kadar tinggi;
2. Situasi yang membawa bencana besar kepada proses pembelajaran &pengajaran;
3. Kehilangan tenaga pada kadar yang besar/ luas seperti elektrik dan air.

Objektif keutamaan 1 adalah untuk menyelamatkan keadaan dan mengurangkan kerosakan/ gangguan.
Tahap 2 Tindakan: 24 jam (bersamaan 1 hari bekerja)
Kategori

1. Membahayakan keselamatan & kesihatan dengan kadar rendah;
2. Situasi yang memberikan kesan gangguan kepada proses.
3. Kerosakan alat/ kemudahan.

Tahap 3 Tindakan: 72 jam (bersamaan 3 hari bekerja)
Kategori

1. Alat/ pekakasan/ pepasangan memerlukan fasiliti;
2. Situasi yang memberi kesan minima kepada proses pembelajaran & pengajaran. 

Tahap 4 Tindakan: 168 jam (bersamaan 7 hari bekerja)
Kategori Fasiliti secara rutin;

1. Mengikut perancangan & jadual fasiliti
2. Jadual kerja yang dipersetujui bersama pelanggan.

Tahap 5 Tindakan: Tiada Ketentuan tempoh
Kategori

1. Kerja yang melibatkan penggantian alat ganti/tempahan/pihak ketiga
2. Tempoh 1 - lebih 7 hari hingga 30 hari
3. Tempoh 2 - lebih 30 hari hingga 60 hari
4. Tempoh 3 - lebih 60 hari hingga 90 hari

 7.0 PENSTRUKTURAN DAN ORGANISASI PEJABAT PENGURUSAN FASILITI

Sebagai langkah strategik untuk memacu pencapaian objektif-objektif di atas, PPF merangka strategi untuk melaksanakan penstrukturan semula organisasi supaya lebih berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan UiTM.


Lampiran A: SENARAI KERJA/PERKHIDMATAN PPF

Senarai kerja/perkhidmatan PPF :

  1. Pengurusan perkhidmatan pembersihan bangunan.
  2. Pengurusan perkhidmatan ‘sanitary bin’.
  3. Pengurusan perkhidmatan infrastruktur awam.
  4. Pengurusan perkhidmatan kawalan serangga dan haiwan perosak.
  5. Pengurusan perkhidmatan pembersihan kawasan luar bangunan.
  6. Pengurusan perkhidmatan landskap.
  7. Pengurusan pemeliharaan rusa.
  8. Pengurusan kitar semula.
  9. Pengurusan baja kompos.
  10. Pengurusan dan pelaksanaan majlis rasmi UiTM.
  11. Pengurusan perkhidmatan kelengkapan majlis UiTM.
  12. Pengurusan sistem automasi bangunan.
  13. Pengurusan perkhidmatan sistem mesin angkat.
  14. Pengurusan perkhidmatan sistem penyaman udara.
  15. Pengurusan perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan.
  16. Pengurusan perkhidmatan sistem loji rawatan kumbahan.
  17. Pengurusan perkhidmatan sistem bekalan air panas/sejuk.
  18. Pengurusan perkhidmatan Gas Cecair Petroleum (LPG).
  19. Pengurusan perkhidmatan Sistem pencegahan kebakaran.
  20. Pengurusan Sistem Telekomunikasi.
  21. Pengurusan perkhidmatan Telekomunikasi ‘extra low voltage’ (CCTV, parkiran berpalang, ‘walkie talkie’).
  22. Pengurusan sewaan pencawang telekomunikasi.
  23. Pengurusan perkhidmatan pencawang elektrik.
  24. Pengurusan perkhidmatan  sistem elektrikal dan elektronik.
  25. Pengurusan tindakan kecemasan.
  26. Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan PPF.
  27. Pengurusan aduan kerosakan dan baikpulih fasiliti.
  28. Pengurusan pembaikan peralatan sistem siaraya.
  29. Pengurusan penyelenggaraan sistem papan tanda.
  30. Pengurusan bioperubatan (linen, sisa klinikal).
  31. Pengurusan perkhidmatan sisa terjadual.
  32. Pengurusan perkhidmatan sisa pepejal.
  33. Pengurusan ruang.
  34. Pengurusan projek baru, ubahsuai dan naiktaraf bangunan.
  35. Pengurusan penjimatan dan kualiti tenaga elektrik serta bekalan air.
  36. Pengurusan pemantauan prestasi konsesi bagi kampus-kampus PFI melalui KPI yang telah ditetapkan.

Jadual 1: Pencapaian Perkhidmatan Pengurusan Teras Fasiliti


 

Lampiran B: GARIS PANDUAN TERKINI

  1. Akta Bekalan Elektrik 1994.
  2. Spesifikasi Piawaian JKR terkini
  3. Undang-undang Penyeragaman Bangunan.
  4. Borang Kontrak Standard JKR 203 (Semakan 1/2010)
  5. Borang Kontrak Standard JKR 203 DB/T 2007.
  6. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
  7. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
  8. Akta Kilang dan Jentera 1967.
  9. Akta Buruh 1950.
  10. Akta Suruhanjaya Tenaga 1990.
  11. Akta Bomba 1988.
  12. Akta Racun 1952.
  13. Garispanduan dan Peraturan bagi Perancangan Bangunan oleh Jawatankuasa Standad dan Kos Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Edisi Tahun 2008

Lampiran C: SKOP SISTEM MAKLUMAT FASILITI

Skop Sistem Maklumat Fasiliti terkandung dalam portal FMS:

  1. e-Aduan
  2. e-Bangunan
  3. e-Kontraktor
  4. e-Ruang
  5. Web Central Archibus
  6. e-Servis
  7. i-Scada
  8. Fleet Management