KOMPOS DI UiTM

index

Sejak tahun 2010, Kampus UiTM Shah Alam telah mula melaksanakan aktiviti kompos dengan matlamat untuk mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang ke tapak pelupusan sampah. Kompos yang digunakan adalah dihasilkan sendiri oleh kakitangan di Pejabat Pengurusan Fasiliti UiTM, dari sisa makanan yang yang dibuang oleh warga kampus dan dari sampah landskap atau kebun di sekitar kampus.

Hasilnya, aktiviti pengkomposan ini telah berjaya mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang ke tapak pelupusan (Jadual 1). Selain itu, kompos yang dihasilkan telah digunakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan landskap kampus bagi menggantikan penggunaan baja kimia. Secara tidak langsung usaha ini telah berjaya mengurangkan kos pelupusan sampah dan penyelenggaraan tanaman hiasan landskap.

Klik Di sini --> Jadual Kutipan Sampah

Pengurangan kuantiti sampah yang dibuang ke tapak pelupusan ini berjaya dilaksanakan di UiTM berikutan corak pecahan jenis sampah yang dihasilkan oleh warga kampus membolehkan aktiviti kompos dilaksanakan. Secara purata, sampah yang terhasil di Kampus UiTM Shah Alam terdiri dari 45% sisa makanan dan 24% sampah landskap (daun kering, dahan dan ranting pokok). Dua pecahan terbesar jenis sampah ini merupakan bahan asas untuk menghasilkan kompos (Carta 1). Perkara yang pada mulanya dilihat sebagai masalah telah berjaya diubah menjadi peluang untuk mengurangkan kos pengurusan sampah yang selama ini ditanggung oleh pihak UiTM.   

 Carta1

 CARTA 1 : PURATA PECAHAN JENIS SAMPAH DI KAMPUS UiTM SHAH ALAM BAGI TAHUN 2012 HINGGA 2014

Sehingga 2014 pihak PPF telah berjaya menghasilkan sebanyak 200 tan kompos (Jadual 2). Walaupun begitu, kuantiti kompos yang dihasilkan ini masih tidak mencukupi untuk kegunaan penyelenggaraan tanaman landskap kampus. Namun ianya telah berjaya menjimatkan kos penyelenggaraan tanaman sebanyak 10% melalui penggurangan pembelian baja kimia.

kompos

Selain dari penjimatan kos operasi, faedah tidak ketara yang diperolehi hasil daripada aktiviti kompos ialah sumbangan UiTM ke arah pemeliharaan alam sekitar. Pengkomposan yang dilaksanakan telah mengurangkan pencemaran udara dan air hasil dari aktiviti pengutipan dan pelupusan sampah dari UiTM. Dalam masa yang sama kurangnya kebergantungan kepada penggunaan baja kimia dalam penyelenggaraan landskap menghasilkan tanah yang sihat, tidak tercemar dan tanaman menjadi lebih subur untuk tempoh jangkamasa yang lebih panjang.

Dengan azam untuk menjadikan UiTM sebagai Kampus Lestari, aktiviti pengkomposan merupakan salah-satu komponen pelengkap dalam ‘inisiatif hijau’ disamping kitar semula, penjimatan tenaga dan air yang perlu dijadikan amalan dalan operasi harian.

tasik

 

APAKAH KOMPOS?

baja satu

Kompos adalah bahan yang kaya dengan nutrien atau humus yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Ia merupakan bahan organik yang telah reput dan terurai secara biologi oleh organisma tertentu.

Proses tersebut boleh berlaku dengan sendiri seperti yang berlaku dalam hutan (pereputan lambat) atau dengan bantuan manusia dan organisma lain seperti cacing dan bakteria supaya proses pereputan dan penguraian berlaku dengan lebih cepat. Organisma ini boleh hadir secara semulajadi atau dengan penambahan ‘effective microb’ (EM).

Bentuknya adalah seperti tanah berwarna kehitaman dan tidak berbau. Ia berfungsi sebagai ‘soil conditioner’ kerana mempunyai kandungan NPK yang lengkap selain manfaat lain kepada tanah.

BAGAIMANA KOMPOS TERHASIL?

Kompos terhasil daripada proses pengkomposan. Pengkomposan merupakan proses penguraian dan penstabilan bahan-bahan organik secara biologi di bawah keadaan yang terkawal yang menghasilkan produk akhir yang bermanfaat kepada tanah. Sisa makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan sampah kebun atau landskap merupakan bahan organik yang boleh dikompos.


RAJAH 1 : PROSES PENGHASILAN KOMPOS

Proses penguraian bahan organik ini berlaku kerana terdapat mikroorganisma dan hidupan dalam tanah seperti cacing yang merupakan makhluk pengurai sisa organik. Proses penguraian berlaku apabila suhu, udara dan kelembapan berada ditahap yang sesuai. Apabila kombinasi suhu, udara dan kelembapan ini berada di tahap yang paling sesuai, proses pengkomposan akan berlaku.

3 SEBAB MENGAPA PERLU KEPADA KOMPOS

SEBAB 1 : UNTUK ALAM SEKITAR

  • Mengurangkan pencemaran udara hasil dari pengurangan trip pengangkutan lori ke tapak pelupusan  sampah
  • Mengurangkan pencemaran air di kawasan tapak pelupusan sampah
  • Mengurangkan keperluan kepada tapak pelupusan untuk melupuskan sampah

sebab1 sebab2sebab3

SEBAB 2 : UNTUK TANAH DAN TANAMAN

  • Meningkatkan kesuburan tanah dan daya tahan tanaman dari serangan penyakit dengan kehadiran pelbagai mikroorganisma dalam tanah.
  • Mengekalkan kelembapan dan nutrien dalam tanah yang diperlukan oleh tanaman.
  • Memperbaiki struktur tanah dengan mencegah tanah dari menjadi keras dan tercemar dengan bahan kimia.
  • Meningkatkan hasil tanaman melalui tempoh jangkahayat tanaman yang lebih panjang.
  • Menghasilkan sumber makanan yang sihat dan selamat bebas dari bahan kimia berbahaya.

sebab4 sebab5

SEBAB 3 : UNTUK MANFAAT EKONOMI

  • Menjimatkan kos pelupusan sampah kerana kuantiti sampah yang dilupuskan ke tapak pelupusan dapat dikurangkan.
  • Menjimatkan kos penanaman kerana tidak perlu membeli baja kimia.
  • Kompos yang dihasilkan mempunyai nilai komersial yang boleh menjana pendapatan.

sebab6 sebab7

GALERI AKTIVITI KOMPOS UiTM SHAH ALAM

Klik Di sini --> GALERI AKTIVITI KOMPOS UiTM SHAH ALAM

BAHAN-BAHAN UNTUK KOMPOS

Bahan Contoh Fungsi
Sisa Tanaman / Landskap Daun pokok, rumput, pokok renek dan ‘annual plant’ yang sudah mati, serbuk kayu, kertas, kotak
  • Bahan utama kompos
  • Mengandungi nutrien
Sisa Makanan Sayuran, buah-buahan, udang, ikan, ayam, daging, kulit telur, roti, nasi
  • Bahan penguraian
  • Mengandungi nutiren
Effective Microb (EM)
  • Air hujan dan gula merah  (10)
  • Kulit dan sisa buah-buahan (3)
  • Tempe, tapai, yakult / vitagen / solivite (1)
Menghasilkan mikrob bagi membantu mempercepatkan proses pereputan
Lain-lain Arang tempurung kelapa, kayu Menuetralkan keadaan berasid dan membantu pembiakan organisma