POLISI PENGURUSAN TENAGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

POLISI PENGURUSAN TENAGA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

VISI
Menjadikan UiTM sebagai universiti yang menepati piawaian nasional dan antarabangsa dalam pengurusan kelestarian dan kecekapan tenaga.

MISI
Untuk sentiasa meningkatkan kualiti persekitaran fizikal dengan mengoptimumkan sumber tanpa menjejaskan tahap keselesaan, keselamatan dan produktiviti.

POLISI PENGURUSAN TENAGA

  1. Menggunakan tenaga dengan cekap dan pembaziran tenaga sifar secara berterusan dan menyeluruh.
  2. Memastikan projek pembangunan baru, ubahsuai dan naik taraf dijalankan secara kos efektif dengan penggunaan tenaga dan kos penyelenggaraan yang rendah.
  3. Mengarusperdanakan teknologi hijau dalam semua aspek pembangunan.

OBJEKTIF
Tujuan Jangka Panjang:

  1. Melaksanakan program pengurusan tenaga yang lestari dan budaya penjimatan dikalangan warga UiTM di seluruh sistem universiti.
  2. Memanfaat dan melaksanakan tenaga boleh diperbaharui.
  3. Mengurangkan pembebasan karbon melalui pengurusan tenaga yang cekap.

Sasaran Segera:

  1. Melihat prestasi dalam melaksanakan program-program kesedaran dan amalan teknologi hijau.
  2. Membentuk struktur organisasi yang merangkumi penglibatan kampus cawangan dan ahli pakar yang dilantik.
  3. Mengambilkira kos kitaran hayat dalam pelaksanaan pembangunan baru, ubahsuai dan baikpulih serta pembelian peralatan yang cekap tenaga.

TANGGUNGJAWAB

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga UiTM adalah tanggungjawab merumuskan dan melaksanakan dasar tenaga UiTM. Kekerapan mesyuarat adalah empat (4) bilangan dalam setahun dimana bagi setiap tiga (3) bulan laporan tentang inisiatif dan pencapaian sasaran penggunaan tenaga akan dibentangkan kepada Jawatankuasa ini.
Ahli Jawatankuasa adalah terdiri daripada:

  1. Timbalan Naib Canselor  (Penyelidikan dan Inovasi) - Pengerusi
  2. Bendahari
  3. Penolong Naib Canselor (Pembangunan, Pengurusan Fasiliti dan ICT)
  4. Wakil Kampus Negeri/Cawangan
  5. Pengarah Pembangunan
  6. Pengarah Pengurusan Fasiliti
  7. Pengurus Tenaga - Setiausaha
  8. Ahli yang dilantik oleh Pengerusi

Jawatankuasa Pengurusan Tenaga juga diwujudkan diperingkat Kampus Negeri dan Cawangan.

CARTA ORGANISASI

Klik disini --> Carta Organisasi

PENGURUS TENAGA UiTM

Klik disini -->Pengurus Tenaga UiTM

AKTIVITI PENJIMATAN TENAGA

Aktiviti Penjimatan Tenaga
Jadual Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Bagi Tahun 2015

Bil Tarikh Perkara Lokasi Masa
1 23 April 2015 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Bil 1/2015 Bahagian Keselamatan Elektrikal & Telekomunikasi (BKET) 2.30 petang
2 20 Ogos 2015 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Bil 2/2015 Bahagian Keselamatan Elektrikal & Telekomunikasi (BKET) 2.30 petang
3 31 Disember 2015 Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Tenaga Bil 3/2015 Bahagian Keselamatan Elektrikal & Telekomunikasi (BKET) 2.30 petang

Klik disini --> Aktiviti Penjimatan Tenaga

PEKELILING NAIB CANSELOR BERKAITAN PENJIMATAN

Klik disini --> Pekeliling Naib Canselor Bilangan 04 Tahun 2014